Posts

Showing posts from February, 2015

Bila drama nak habis?

Saya tulis, Awak terasa. Awak tulis, Maaf,saya tak rasa apa-apa. Saya cakap, Awak terasa. Awak cakap, Maaf,saya tak rasa apa-apa Saya hidup, Awak benci, Awak hidup, Saya tak heran. Saya cakap isi hati saya, Awak terasa. Saya luah rasa saya, Awak terasa. Saya tak cakap pasal awak, Pun awak terasa. Saya duduk diam, Awak masih berbunyi. Saya kata maaf, Masih nak mengata. Saya tak kata apa, Makin mengata. Saya buat baik, Dikata berpura. Saya buat jahat, Dikata setan. Saya benci drama. Awak suka bikin drama. Hmm awak nak apa? Kalau saya, Saya nak drama ni habis. FM,27022015 (1630)

Rindu

"Aku rindu!!" Teriak pada angin,pada laut "Bahagiakah kau teman?" Tanya pada bayu,pada ombak Semoga tenang disana Damai,berehat Di alam yang kekal Al-fatihah Allahyarham Muhammad Afzal b Tambi 1997-2014

Educamp UTP 2015

Image
Greetings :) Hari tu aku dapat tawaran Educamp UTP for March intake (apply guna result trial).I thought that it would be nice if I post it up since the format have changed this year (2015).Educamp ni adalah untuk private student ataupun yang nak masuk dengan tajaan sendiri. Paling penting bila mintak untuk Mac intake ni adalah lowest grade yang kau dapat masa trial yang guna untuk apply ialah C.Ada yang salah faham yang dapat Mac intake ini adalah manusia yang straight A trialnya serta geliga otaknya umpama batu hikmat.Mungkin calon sekolah lain lah kut tapi aku macam bukan je semua hahahaha lulz.Saya bukanlah sepandai itu ya tuan-tuan dan puan-puan. Jadinya bila dah dapat surat tawaran (download dari internet) pihak UTP ada lampirkan satu dokumen panduan ni.Menjadi insan yang ingkar kepada arahan sejak azali aku tidak membaca lampiran itu hewhew.Hal ini kerana aku baca blog orang and tanya senior yang berpengalaman mereka cakap yang ada interview individu and berkumpulan.UTP