Posts

Showing posts from April, 2015

Rant #1

Image
“Bukan ke hidup ini sebenarnya adalah akibat.Akibat daripada pilihan.Setiap pilihan bermaksud risiko.Risiko yang kita ambil.Kita tak tahu apa yang akan berlaku bila kita ambil risiko dan buat pilihan.Mungkin kita boleh agak,tapi betul ke apa yang kita jangka?Kadang betul.Kadang tersasar jauh dari jangkaan kita.Jadi how would I define life?Hidup sekali,pilihan yang kita buat pun sekali.Pilihan kita dalam hidup mungkin sama tapi akibatnya tak sama.Kau dan aku mungkin buat pilihan yang sama tapi akibat daripada pilihan kita mungkin berbeza” Aisyah diam,hening mengisi sepi petang itu. “Aku mungkin boleh pilih cara hidup lain daripada norma hidup masyarakat kita.Tapi kadang orang tak boleh terima.Liberal.Mereka kata.Rare.Kata anak muda.Hipster.Sedang sebenarnya aku hanya nak jadi diri sendiri.Lalu kadang aku terpaksa hidup cara mereka.Tapi itu bukan diri aku yang sebenar.Tak rasa pelik ke?Menjalani hidup ikut expectation orang.tapi itulah,kadang kau takda pilihan.Terpaksa. Jadi bet

Post SPM : Interview MARA PILN 2015

Assalamualaikum.Hai J Sambungan kali ini ialah part interview. Interview aku pada pukul 9 pagi.Pakaian sukan berkasut sukan.Aku tak adalah rasa pelik sebab budak-budak JPA dan JPA-MARA pun sama pakai pakaian sukan.Tapi takdalah pegawai penemuduga suruh dorang bersokan ke hapa kan.Cuma nya pihak penaja nakkan suasana yang santai. Kalau JPA & JPA-MARA lebih spesifik kena pakai baju putih,Mara tidak.Pakailah baju sukan apa asal menutup aurat dan sopan. Mara suruh bawak slip gaji parents,slip tawaran temuduga dan slip ujian psikometrik.Aku pun keliru jugak nak bawak tak sijil semua.Aku bawak jelah.Sijil original dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.Berat huhu. Bila aku baca blog-blog orang yang temuduga Mara tahun 2014 ada yang cakap kena tanya soalan basic pasal ugama.Jadi aku yang tak seberapa ilmu agama nya pun bawak jugaklah buku pendidikan Islam aku.Kahkahkah takut wei takut kena tanya soklan surah hafazan.hehe So,bila sampai sana mendaftar dan duduk

Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015

Assalamualaikum.Hai J Jadi kali ini akan bercerita tentang pengalaman interview aku pulak.Seperti di entry aku yang lepas aku mintak Mara untuk buat A-Level engineering di Kolej Mara Seremban. Masa nak apply Mara hari tu bila tengok-tengok requirement atau syarat yang Mara nak untuk health sciences related (medic,pharmacy,dentistry,applied health sciences) semuanya nak straight A’s iaitu 8 A+ & A untuk semua subjek KECUALI PHYSICS.Maksudnya hanya subjek physics yang kau boleh A-. Aku pun dengan berduka citanya memahami maksud yang disampaikan oleh Mara.Bahawasanya dengan keputusan aku yang BIO nya A- tidak layak untuk jadi tuan duktur.Sedih wuwuwuwuwu. Bila tengok syarat engineering dia nak straight A’s jugak sama macam dia atas bezanya HANYA SUBJEK BIOLOGY yang A-.Aku taknak ambik risiko yang aku tak dapat biasiswa aku mintaklah sesuai dengan kelayakan aku.Mungkin ada yang heran.Ish cakap nak jadi tuan duktur.Lepas tu mintak engineering nak jadi tuan enjinur pulak.H

Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Image
Assalamualaikum. So inilah sambungan kepada siri interview aku.Biasalah musim post SPM ini lepas result keluar,mintak scholarship(s),and then tunggu panggilan interview ini sahajalah isi kandungan blog ini. As for me,lepas keluar result hari tu aku terus mintak Program Ijazah Luar Negara & Dalam Negara Mara (PILN &PIDN).Mara bukan biasiswa ya,Mara adalah pinjaman boleh ubah. Ada tiga pilihan hari tu. JPA ATAU JPA-MARA ATAU MARA. Biar aku terangkan apa bezanya antara tiga ini okey?Untuk makluman semua in case ada yang tak tahu semua ini mintak lepas keluar result SPM for the respective year .Masa untuk mohon hanya seminggu.Please keep alert dengan tarikh-tarikh biasiswa lepas keluar result. JPA JPA ialah biasiswa yang khas untuk program kejuruteraan sahaja.Program ni akan hantar kau ke negara yang tidak memakai bahasa Inggeris.Maksudnya,kau perlu belajar bahasa asing (JEPUN,PERANCIS,KOREA,JERMAN). JENIS BIASISWA : Biasiswa JPA TIDAK perlu bayar balik b