Posts

Jalan dan Mawar

Tika aku sampai ke jalan ini, Ku lihat jalannya indah, Mawar pelbagai rupa,warna, sifat, Sambil ku telusuri,  Durinya tajam,mencelakakan aku, Sakitnya ada,namun seketika, Singgah seperti angin lalu, Seperti masa, Lalu aku lupa pada sakit itu. Mawar ini penawar, Buat hati, Hilang gundah, Walau kadang menyakitkan. Kerna sayang,ku biar. Kadang mawar hiburkan aku, Namun lebih kerap aku hiburkan hati sendiri. Kadang mawar dan durinya menghalang jalanku, Kerap aku terjatuh, Kerna mawar. Kadang aku marah, Pada mawar, aku tunjuk. Mawar balas, Dengan durinya, Lukaku makin parah, Makin dalam. Aku jadi diam Di hujung jalan,aku letih Aku pasrah. Ku biarkan mawar dan durinya, Biar luka aku rawat sendiri, Biar mawar tetap indah, Biar aku sendiri, Aku sudah letih.

Bila drama nak habis?

Saya tulis, Awak terasa. Awak tulis, Maaf,saya tak rasa apa-apa. Saya cakap, Awak terasa. Awak cakap, Maaf,saya tak rasa apa-apa Saya hidup, Awak benci, Awak hidup, Saya tak heran. Saya cakap isi hati saya, Awak terasa. Saya luah rasa saya, Awak terasa. Saya tak cakap pasal awak, Pun awak terasa. Saya duduk diam, Awak masih berbunyi. Saya kata maaf, Masih nak mengata. Saya tak kata apa, Makin mengata. Saya buat baik, Dikata berpura. Saya buat jahat, Dikata setan. Saya benci drama. Awak suka bikin drama. Hmm awak nak apa? Kalau saya, Saya nak drama ni habis. FM,27022015 (1630)

Rindu

"Aku rindu!!" Teriak pada angin,pada laut "Bahagiakah kau teman?" Tanya pada bayu,pada ombak Semoga tenang disana Damai,berehat Di alam yang kekal Al-fatihah Allahyarham Muhammad Afzal b Tambi 1997-2014

Educamp UTP 2015

Image
Greetings :) Hari tu aku dapat tawaran Educamp UTP for March intake (apply guna result trial).I thought that it would be nice if I post it up since the format have changed this year (2015).Educamp ni adalah untuk private student ataupun yang nak masuk dengan tajaan sendiri. Paling penting bila mintak untuk Mac intake ni adalah lowest grade yang kau dapat masa trial yang guna untuk apply ialah C.Ada yang salah faham yang dapat Mac intake ini adalah manusia yang straight A trialnya serta geliga otaknya umpama batu hikmat.Mungkin calon sekolah lain lah kut tapi aku macam bukan je semua hahahaha lulz.Saya bukanlah sepandai itu ya tuan-tuan dan puan-puan. Jadinya bila dah dapat surat tawaran (download dari internet) pihak UTP ada lampirkan satu dokumen panduan ni.Menjadi insan yang ingkar kepada arahan sejak azali aku tidak membaca lampiran itu hewhew.Hal ini kerana aku baca blog orang and tanya senior yang berpengalaman mereka cakap yang ada interview individu and berkumpulan.UTP ...

Lepas SPM : A Total Guide

Assalamualaikum. Haiiiii gaisss.Since dah habis SPM banyaklah masa untuk kita mereput dan jadi mayat hidup di rumah.Some of us mungkin kerja kat kedai-kedai ke,menternak lemak,lembu,kambing dan seangkatan denganya,mungkin kalau lebih kreatif sikit buat pokok bonzai ke kan cantik lah jugak taman mak kau.hahahahaa.Tapi macam aku yang dah lama dok asrama mula-mula bestlah dok rumah takda homework bagai tapi lama-lama bosan jugak.Lulz. Jadi untuk mengisi masa lapang yang banyak ni (banyak ke?) aku pun buat banyak research nak buat apa lepas SPM,nak ambik apa,Universiti apa,job prospect macam mana and banyak lagi. HASIL KAJIAN PICISAN AKU (sekadar panduan) Tentukan minat korang Benda yang sangat penting okay.Setelah pemerhatian,pembacaan dan pertanyaan bertalu-talu aku kepada pihak yang lebih berpengalaman first thing yang kau kena ambik kira dalam menentukan hala tuju hidup seterusnya ialah MINAT.Minat yang memang betul-betul minat ok.Contohnya,kau minat bercucuk tanam bekerja...

MH17:Rindu yang Tak Terlunas

Image
Bismillah. Zaman kanak-kanak memang tak dinafikan adalah saat paling indah dalam hidup kita sebab hidup kita bebas,pemikiran suci,stress takda,tanggungjawab takda.Terutamanya bila zaman kanak-kanak ada kawan2 yang sama pelik dan sama aneh macam kita.Adooh memang heaven.. Mula-mula masuk sekolah,aku memang jakun,nervous,excited semualah.Biasalah noob. Waktu mula-mula masuk kelas,perasaan aku konpius dan noob..Alhamdulillah aku seorang yang *ehem* agak friendly aku pun berkawanlah dengan seorang budak pakai cermin mata dalam kelas aku.Aku pun  jugak jumpa kawan aku dari tadika dulu.Disebabkan aku dan budak berkaca mata itu sama2 berperangai pelik2 dan aneh,we instantly became bestfriend.Dan kawan aku dari tadika tadi pun jadi bestfriend jugak dengan kami. Namanya ialah Allahyarham MUHAMMAD AFZAL BIN TAMBI. Seronoknya zaman sekolah rendah aku sebab aku berkawan dengan orang yang perangainya serupa dengan aku. Aku dan Afzal memang tak dinafikan lebih b...