Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015
Assalamualaikum.Hai J
Jadi kali ini akan bercerita tentang pengalaman interview
aku pulak.Seperti di entry aku yang lepas aku mintak Mara untuk buat A-Level
engineering di Kolej Mara Seremban.
Masa nak apply Mara hari tu bila tengok-tengok requirement atau
syarat yang Mara nak untuk health sciences related
(medic,pharmacy,dentistry,applied health sciences) semuanya nak straight A’s
iaitu 8 A+ & A untuk semua subjek KECUALI PHYSICS.Maksudnya hanya subjek
physics yang kau boleh A-.
Aku pun dengan berduka citanya memahami maksud yang
disampaikan oleh Mara.Bahawasanya dengan keputusan aku yang BIO nya A- tidak
layak untuk jadi tuan duktur.Sedih wuwuwuwuwu.
Bila tengok syarat engineering dia nak straight A’s jugak
sama macam dia atas bezanya HANYA SUBJEK BIOLOGY yang A-.Aku taknak ambik
risiko yang aku tak dapat biasiswa aku mintaklah sesuai dengan kelayakan
aku.Mungkin ada yang heran.Ish cakap nak jadi tuan duktur.Lepas tu mintak
engineering nak jadi tuan enjinur pulak.Hmm aku fleksible je.Cumanya aku mesti
usaha lebih lah since addmaths and physics is not my forte.Masa SPM pun aku dah
seksa belajar Addmath bagaimana aku nak mengharungi dunia iniiiiii
Tapi kita kena berani keluar dari comfort zone kita dan
berani mencabar diri eceh
Interview untuk Mara bahagian Sarawak di buat di MRSM
Kuching pada 28 Mac.Sebelum interview mesti buat ujian psikometrik.
Haa apa dia ujian psikometrik?Bila aku mula-mula dengar emm
macam payah gak.Aku google punya google baru aku paham rupanya test ni macam
masa aku interview UTP hari tu.Pheww nasib baiklah aku ada pengalaman interview
UTP jadi macam boleh jangka jenis soalan yang bakal ditanya.
Kalau lah korang baca post aku pasal Interview UTP aku
korang akan tahu sesungguhnya hidup Fatin penuh dengan drama.Kalau tak bukan
aku lah tu.
Ok apa yang jadi pulak kali ini?
Aku takleh duduk ujian psikometrik tu.Kan ujian tu ujian
online.Bintulu ni pulak line nya bukanlah bagus sangat.Lambat woo.Aku ada
masalah lah masa ujian hari tu.Aku tak boleh nak hantar jawapan aku.Sedih.Sadis
hidup ku ini.Mara cakap kalau ada masalah emel mereka.Aku pun emel Mara lepas
tu dia cakap sistem dia check aku punya username takda masalah.
Mara suruh aku log in balik pakai komputer lain.Ujian
psikometrik ini hanya SEJAM tahu.Okey fine Mara .Aku pun log in balik pakai
komputer lain.Tetap tak dapat.KENAPA?KENAPA INI SEMUA BERLAKU?SEDIHHHHHHHHHNYA
NASIB AKU INI.
Masa berlalu dengan pantas tanpa dapat dikembalikan.Berlalu
lah masa sejam yang Mara tetapkan.Kalau masa dah habis tak boleh lagi nak log
in tau. Ah sudah.Aku dah malas nak fikir.”Habislah,tak dapatlah aku Mara
ni.Slip ujian yang jadi tanda aku dah jawab aku tak dapat print.” Nangis
weeiiii sedih kot mengenang nasib diri yang sangat sadis dari dulu.Ada ja drama
nya.Kalau drama yang gembira takpa jugaklah.Ini TAHI LERRR.
Jadi aku bawak slip tawaran temuduga dan email yang aku
hantar kat MARA konon nak tunjuk lah dengan pegawai temuduga nanti.
“Tuan,inilah buktinya Tuan.Saya dah emel bla bla bla” aku
siap dah karang ayat konon nak tunjuklah dengan Mara.
Aku pun terbang ke Kuching dengan perasaan yang berat dan
kecewa.Bingung mengenang nasib diri.Macam manalah kan.Ujian nya aku tak
jawab.Interview nanti ramai lagi budak pandai dari aku.wuwuwuwuwuw sedih nya
sedihhhh
Masa aku kat Kuching tiba-tiba aku dapat mesej “ANDA TELAH
DIJADUALKAN UTK MENDUDUKI SEMULA UJIAN PSIKOMETRIK BLA BLA BLA “.
YA ALLAH.TAHU TAK MACAM MANA PERASAAN NYA?TAHU TAK?Terasa
diri ini hamba yang kerdil.Tuhan memang hebat caranya nak uji kita. Plot twist
betul.Kahkahkah.
Ok ok.Hahahhahahaha.Jadi kali ini aku ambik jalan selamat
aku pergi cyber cafe.Line situ kan laju.Alhamdulillah.Dapat jawab.
Huh payah jugak menjadi seorang Fatin ini.
So apa soalan psikometrik?
Tak boleh bagitahu.Tak boleh screenshot.Tak boleh sebarkan
soalan itu.Sesiapa yang Mara dapat tahu sebarkan soalan itu akan disenarai
hitamkan.Dibatalkan permohonannya.Hah Mara sangat serius tahu.Jangan main-main
dengan Mara.
Serius cakap soklan dia jauh lebih mudah berbanding UTP.Tapi
bukan aku nak bajet cakap “eleh kacang ja tu”
Bukan cumanya soalan UTP lebih banyak menyuruh kita befikir
lebih logik,mengira,membuat keputusan dan macam-macam lagi dengan lebih
dalam.Sudahlah aku kan tak bawak kalkulator.
Pada mulanya hanya aku seorang dalam batch aku yang dapat panggilan temuduga
Mara.Suka aku ingatkan hanya tiga orang dari batch aku yang apply Mara.Aku
engineering dua lagi medic.Dua-dua tu kena tolak.Bukanlah aku ini hebat
sangat.Yang lain mintak JPA-MARA dan JPA.Lagi satu.Kemungkinan untuk panggilan
temuduga sangat tinggi kalau kau MEMENUHI SYARAT MEREKA.Ramai batch aku dapat
interview.Tak kesah lah kau sekolah biasa ke,SBP ke mahupun MRSM.
JPA & JPA-MARA ada test jugak tak?
Ada.Aku kurang pasti macam mana.
Ok sekian.Hahahhah bila aku nak pasal bahagian interview ni?