Rant #1
“Bukan ke hidup ini sebenarnya adalah
akibat.Akibat daripada pilihan.Setiap pilihan bermaksud risiko.Risiko yang kita
ambil.Kita tak tahu apa yang akan berlaku bila kita ambil risiko dan buat
pilihan.Mungkin kita boleh agak,tapi betul ke apa yang kita jangka?Kadang
betul.Kadang tersasar jauh dari jangkaan kita.Jadi how would I define
life?Hidup sekali,pilihan yang kita buat pun sekali.Pilihan kita dalam hidup
mungkin sama tapi akibatnya tak sama.Kau dan aku mungkin buat pilihan yang sama
tapi akibat daripada pilihan kita mungkin berbeza”
Aisyah diam,hening mengisi sepi petang itu.
“Aku mungkin boleh pilih cara hidup lain
daripada norma hidup masyarakat kita.Tapi kadang orang tak boleh
terima.Liberal.Mereka kata.Rare.Kata anak muda.Hipster.Sedang sebenarnya aku
hanya nak jadi diri sendiri.Lalu kadang aku terpaksa hidup cara mereka.Tapi itu
bukan diri aku yang sebenar.Tak rasa pelik ke?Menjalani hidup ikut expectation
orang.tapi itulah,kadang kau takda pilihan.Terpaksa.Jadi betul ke hidup ini sebenarnya pilihan?”
Muizz menguis dedaun di hujung
kakinya.Pandangannya jauh ke depan,kosong,cuba menghadam kata Aisyah.
“Tapi kau boleh cuba kan hidup ikut cara
kau?”
“Kau ingat orang nak terima?Mereka akan
paksa kau,marah kau kerana hidup cara kau.Kalau kau kasar kau kena jadi
baik.Lemah lembut.Sopan.Feminin.Berubah mereka kata demi kebaikan.Okey aku
boleh terima.Tegur secara baik.Okey aku berubah.Lepas kau berubah,adakah orang
nak terima kau?Hell no.Mereka akan pijak pulak kepala kau.Sebab apa?Sebab kau
baik.So the thing is macam mana pun kau hidup baik ke orang tetap akan cari
sisi jahat kau.Sisi yang boleh mereka manipulate dan gunakan.”
Muizz pandang sekilas wajah Aisyah,cuba
memahami hati seorang perempuan.
“Aku kasar,sekasar-kasar aku,aku bukan
jenis simpan dendam dalam hati.Sekasar-kasar aku pun aku tak pernah nak benci
ke,dengki dengan kawan sendiri.Anggap kawan sejati.Semua orang walaupun aku tak
rapat.Aku tak pernah nak kutuk tanpa sebab.Tak pernah terfikir,jangankan
terfikir,terlintas pun tak pernah burukkan diorang,nak kutuk belakang,nak benci
tanpa sebab apatah lagi.Tapi,orang buat aku macam mana?Irony gila."
“Dulukan aku dengan kawan-kawan aku pernah gaduh.Bila gaduh kena minta maaf.Masa
sesi nak mintak maaf ada sesi ‘Luahan Perasaan’ as they called it.So
kena beritahu lah sapa yang kita benci and why.Hahahhhahah lawak kan?Okey.Aku pun dengan keyakinan menggunung nak cakap yang aku tak
pernah terlintas apatah lagi nak benci kawan-kawan aku ni.Tapi malang nya ada
giliran.Aku last.Plot twist sia.Hampir semua cakap tak suka or benci aku pasal
aku kasar.Aku rasa macam HAHAHAHAHAHAH GOD YA ALLAH BLESS MY PATHETIC EXISTENCE
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA hmmm”
Senyap.Suara Aisyah bergegar.
“Aisyah,kalau kau taknak cerita takpa..”
Muizz hanya diam,memberi ruang Aisyah
meluah rasa.
“Aku harap kalau aku dah takda,mereka tak cerita buruknya perangai aku kat orang,aku harap mereka akan doakan aku Muizz sebab aku akan buat perkara yang sama dengan dorang.Aku harap mereka tahu betapa aku sayangkan mereka walaupun aku kena benci,tak disukai sebab kita tak boleh paksa orang suka kita hahahahahahahah."
Air mata Aisyah jatuh perlahan,tapi Aisyah
hanya senyum.Muizz rasa bersalah nak pujuk ke tidak.
“Antara banyak-banyak kawan aku,kawan yang aku paling sayang sekali,aku rasa Tuhan bagi
pinjam sekejap sangat kat aku Muizz.Tapi takpa aku ada Tuhan.”
Aisyah pandang Muizz,mata berair,merah
sambil senyum.
Endless apologies x