Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Assalamualaikum.

So inilah sambungan kepada siri interview aku.Biasalah musim post SPM ini lepas result keluar,mintak scholarship(s),and then tunggu panggilan interview ini sahajalah isi kandungan blog ini.

As for me,lepas keluar result hari tu aku terus mintak Program Ijazah Luar Negara & Dalam Negara Mara (PILN &PIDN).Mara bukan biasiswa ya,Mara adalah pinjaman boleh ubah.
Ada tiga pilihan hari tu.JPA ATAU JPA-MARA ATAU MARA.

Biar aku terangkan apa bezanya antara tiga ini okey?Untuk makluman semua in case ada yang tak tahu semua ini mintak lepas keluar result SPM for the respective year.Masa untuk mohon hanya seminggu.Please keep alert dengan tarikh-tarikh biasiswa lepas keluar result.

JPA

JPA ialah biasiswa yang khas untuk program kejuruteraan sahaja.Program ni akan hantar kau ke negara yang tidak memakai bahasa Inggeris.Maksudnya,kau perlu belajar bahasa asing (JEPUN,PERANCIS,KOREA,JERMAN).

JENIS BIASISWA : Biasiswa JPA TIDAK perlu bayar balik biasiswa tersebut tapi kau ada bond (terikat) untuk kerja dengan kerajaan dahulu lepas graduate.

Setiap tahun kau belajar bond untuk kerja dengan kerajaan ialah 2 tahun.
Maksudnya, 5 tahun belajar x 2 tahun = 10 tahun bond.

KEBAIKAN JPA

  • ·         Lepas graduate confirm ada kerja (tengoklah jugak ye rezeki) takpayah pening nak cari kerja
  • ·         Tak perlu bayar balik biasiswa
  • ·         Ada bahasa ketiga.Kenapa aku cakap kebaikan?Cuba bayangkan syarikat tempat kau kerja nak bukak cawangan baru di luar negara di tempat kau belajar dulu,besar kemungkinan kau akan dihantar menguruskan cawangan situ.Atau syarikat kau ada client daripada negara-negara di atas,kau boleh jadi wakil syarikat untuk berurusan dengan mereka.Sebenarnya banyak kebaikan menguasai bahasa asing 

Program persediaan

KOREA - Belajar bahasa korea di Malaysia 9 bulan lepas tu sambung belajar bahasa di Korea ( ye fly awal) tapi before fly kena lulus ujian.Tak lulus lantak kau lah labu.Kawan aku kata kalau tak lepas JPA tak nak sposor lagi.Padan muka mu huhuhu

GERMAN- Buat A-levels dan belajar bahasa German

PERANCIS - Terbahagi kepada dua;fly awal or stay belajar bahasa kat Malaysia 2 tahun.Kalau kau ada basic bahasa perancis peluang fly awal tinggi.

JEPUN - Belajar bahasa Jepun

JPA-MARA

JPA-MARA pulak adalah program JPA.Ada nama MARA tu untuk menunjukkan yang biasiswa ni untuk bumiputera sahaja.

 JENIS BIASISWA : Biasiwa penuh dan ada bond dengan kerajaan

Apa program yang di bawah biasiswa ini?

Macam-macam.Ada medic,undang-undang,farmasi,engineering etc.

MARA 

JENIS BIASISWA  : PINJAMAN PELAJARAN ( LEPAS STUDY BAYAR)

Mara pun sama jugak.Banyak program bawah Mara tidak seperti JPA yang hanya taja bidang kejuruteraan.Mara banyak pilihan.Aku ulang BANYAK sangat.So make sure before kau apply tu buat research kau sendiri.Apa program yang kau nak?Apa program persediaan yang SESUAI untuk kau?


Jadi aku  mintak A-level engineering.HAHAHAHAH Fatin mintak engineering.God bless me.Tapi tapi aku tak rasa aku sesuai dengan IB (mohon google apa itu A-level & IB).Kita kena pilih apa yang sesuai dengan kita.Jadi ya saya pilih untuk buat A-level engineering di Kolej Mara Seremban.

Masa apply Mara tu dia ada list tau tempat dan program.Program apa yang ada? 

Medic,pharmacy,sains kesihatan,applied sciences,engineering,economy,accountancy hmm banyak lagilah.Masa kau apply tu nanti ada listnya.


Ramai yang tak tahu mana nak apply,apa program yang ada,apa kelayakan.Suka aku nak ingatkan setiap program kelayakan nya berbeza jadi before pilih tengok jugaklah result kau.Kalau kau tak menepati syarat yang pihak penaja nak,jangan meroyan kalau permohonan kau kena tolak.
Biar aku terangkan dalam bahasa yang mudah macam mana nak study oversea untuk LEPASAN SPM.




Harapnya korang faham apa beza tiga benda ini okay.Ha satu lagi.Kau hanya boleh PILIH SATU ANTARA TIGA.Mohon jangan ada soalan “Kenapa ya aku kan dah mohon JPA,aku nak apply MARA tapi takleh wei.Asal?”



Okey nanti aku sambung pengalaman aku interview. 








Popular posts from this blog

Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015

Jalan dan Mawar