Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015

Assalamualaikum.Hai J

Jadi kali ini akan bercerita tentang pengalaman interview aku pulak.Seperti di entry aku yang lepas aku mintak Mara untuk buat A-Level engineering di Kolej Mara Seremban.

Masa nak apply Mara hari tu bila tengok-tengok requirement atau syarat yang Mara nak untuk health sciences related (medic,pharmacy,dentistry,applied health sciences) semuanya nak straight A’s iaitu 8 A+ & A untuk semua subjek KECUALI PHYSICS.Maksudnya hanya subjek physics yang kau boleh A-.

Aku pun dengan berduka citanya memahami maksud yang disampaikan oleh Mara.Bahawasanya dengan keputusan aku yang BIO nya A- tidak layak untuk jadi tuan duktur.Sedih wuwuwuwuwu.
Bila tengok syarat engineering dia nak straight A’s jugak sama macam dia atas bezanya HANYA SUBJEK BIOLOGY yang A-.Aku taknak ambik risiko yang aku tak dapat biasiswa aku mintaklah sesuai dengan kelayakan aku.Mungkin ada yang heran.Ish cakap nak jadi tuan duktur.Lepas tu mintak engineering nak jadi tuan enjinur pulak.Hmm aku fleksible je.Cumanya aku mesti usaha lebih lah since addmaths and physics is not my forte.Masa SPM pun aku dah seksa belajar Addmath bagaimana aku nak mengharungi dunia iniiiiii

Tapi kita kena berani keluar dari comfort zone kita dan berani mencabar diri eceh
Interview untuk Mara bahagian Sarawak di buat di MRSM Kuching pada 28 Mac.Sebelum interview mesti buat ujian psikometrik.

Haa apa dia ujian psikometrik?Bila aku mula-mula dengar emm macam payah gak.Aku google punya google baru aku paham rupanya test ni macam masa aku interview UTP hari tu.Pheww nasib baiklah aku ada pengalaman interview UTP jadi macam boleh jangka jenis soalan yang bakal ditanya.
Kalau lah korang baca post aku pasal Interview UTP aku korang akan tahu sesungguhnya hidup Fatin penuh dengan drama.Kalau tak bukan aku lah tu.

Ok apa yang jadi pulak kali ini?

Aku takleh duduk ujian psikometrik tu.Kan ujian tu ujian online.Bintulu ni pulak line nya bukanlah bagus sangat.Lambat woo.Aku ada masalah lah masa ujian hari tu.Aku tak boleh nak hantar jawapan aku.Sedih.Sadis hidup ku ini.Mara cakap kalau ada masalah emel mereka.Aku pun emel Mara lepas tu dia cakap sistem dia check aku punya username takda masalah.

Mara suruh aku log in balik pakai komputer lain.Ujian psikometrik ini hanya SEJAM tahu.Okey fine Mara .Aku pun log in balik pakai komputer lain.Tetap tak dapat.KENAPA?KENAPA INI SEMUA BERLAKU?SEDIHHHHHHHHHNYA NASIB AKU INI.

Masa berlalu dengan pantas tanpa dapat dikembalikan.Berlalu lah masa sejam yang Mara tetapkan.Kalau masa dah habis tak boleh lagi nak log in tau. Ah sudah.Aku dah malas nak fikir.”Habislah,tak dapatlah aku Mara ni.Slip ujian yang jadi tanda aku dah jawab aku tak dapat print.” Nangis weeiiii sedih kot mengenang nasib diri yang sangat sadis dari dulu.Ada ja drama nya.Kalau drama yang gembira takpa jugaklah.Ini TAHI LERRR.

Jadi aku bawak slip tawaran temuduga dan email yang aku hantar kat MARA konon nak tunjuk lah dengan pegawai temuduga nanti.

“Tuan,inilah buktinya Tuan.Saya dah emel bla bla bla” aku siap dah karang ayat konon nak tunjuklah dengan Mara.

Aku pun terbang ke Kuching dengan perasaan yang berat dan kecewa.Bingung mengenang nasib diri.Macam manalah kan.Ujian nya aku tak jawab.Interview nanti ramai lagi budak pandai dari aku.wuwuwuwuwuw sedih nya sedihhhh

Masa aku kat Kuching tiba-tiba aku dapat mesej “ANDA TELAH DIJADUALKAN UTK MENDUDUKI SEMULA UJIAN PSIKOMETRIK BLA BLA BLA “.

YA ALLAH.TAHU TAK MACAM MANA PERASAAN NYA?TAHU TAK?Terasa diri ini hamba yang kerdil.Tuhan memang hebat caranya nak uji kita. Plot twist betul.Kahkahkah.

Ok ok.Hahahhahahaha.Jadi kali ini aku ambik jalan selamat aku pergi cyber cafe.Line situ kan laju.Alhamdulillah.Dapat jawab.

Huh payah jugak menjadi seorang Fatin ini.

So apa soalan psikometrik?

Tak boleh bagitahu.Tak boleh screenshot.Tak boleh sebarkan soalan itu.Sesiapa yang Mara dapat tahu sebarkan soalan itu akan disenarai hitamkan.Dibatalkan permohonannya.Hah Mara sangat serius tahu.Jangan main-main dengan Mara.

Serius cakap soklan dia jauh lebih mudah berbanding UTP.Tapi bukan aku nak bajet cakap “eleh kacang ja tu”

Bukan cumanya soalan UTP lebih banyak menyuruh kita befikir lebih logik,mengira,membuat keputusan dan macam-macam lagi dengan lebih dalam.Sudahlah aku kan tak bawak kalkulator.
Pada mulanya hanya aku seorang  dalam batch aku yang dapat panggilan temuduga Mara.Suka aku ingatkan hanya tiga orang dari batch aku yang apply Mara.Aku engineering dua lagi medic.Dua-dua tu kena tolak.Bukanlah aku ini hebat sangat.Yang lain mintak JPA-MARA dan JPA.Lagi satu.Kemungkinan untuk panggilan temuduga sangat tinggi kalau kau MEMENUHI SYARAT MEREKA.Ramai batch aku dapat interview.Tak kesah lah kau sekolah biasa ke,SBP ke mahupun MRSM.

JPA & JPA-MARA ada test jugak tak?

Ada.Aku kurang pasti macam mana.

Ok sekian.Hahahhah bila aku nak pasal bahagian interview ni?


Popular posts from this blog

Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Post SPM : Interview MARA PILN 2015