MH17:Rindu yang Tak Terlunas


Bismillah.

Zaman kanak-kanak memang tak dinafikan adalah saat paling indah dalam hidup kita sebab hidup kita bebas,pemikiran suci,stress takda,tanggungjawab takda.Terutamanya bila zaman kanak-kanak ada kawan2 yang sama pelik dan sama aneh macam kita.Adooh memang heaven..

Mula-mula masuk sekolah,aku memang jakun,nervous,excited semualah.Biasalah noob.

Waktu mula-mula masuk kelas,perasaan aku konpius dan noob..Alhamdulillah aku seorang yang *ehem* agak friendly aku pun berkawanlah dengan seorang budak pakai cermin mata dalam kelas aku.Aku pun  jugak jumpa kawan aku dari tadika dulu.Disebabkan aku dan budak berkaca mata itu sama2 berperangai pelik2 dan aneh,we instantly became bestfriend.Dan kawan aku dari tadika tadi pun jadi bestfriend jugak dengan kami.

Namanya ialah Allahyarham MUHAMMAD AFZAL BIN TAMBI.



Seronoknya zaman sekolah rendah aku sebab aku berkawan dengan orang yang perangainya serupa dengan aku.

Aku dan Afzal memang tak dinafikan lebih banyak melakukan aktiviti bersama (sudah tentunya yang aneh2) sebab pemikiran kami sama dalam keaktifan melakukan aktivi yang aneh dan pelik.Tapi,persamaan yang ada antara Harith dan Afzal ialah kedua-duanya sangat suka bergaduh dan cari pasal dengan aku.Dipendekkan cerita, kami sama kelas hingga ke Tahun 6.Memori bersama memang banyak.Lulz.Malu betul bila ingat balik.

Ketika penghujung tahun 6,kami menangis sebab persahabatan yang terlalu indah menyebabkan kami berat hati untuk berpisah.Lelaki mahupun perempuan termasuk guru kelas kami.Aku masih ingat ketika kami berlatih persembahan untuk makan malam perpisahan tahun 6,aku duduk di sebelah Afzal dan menangis.Aku katakan aku akan sangat rindukan semua kawan-kawan aku terutamanya Afzal.Kami ketawa bila mengimbau kembali kenangan zaman kanak2 ribena ketika dahulu.Kami menangis bila mengenangkan kami tahu ini adalah saat-saat terakhir kami bersama.

Tanpa aku sedari sememamangnya itu adalah saat terakhir aku bersama arwah.

Ketika aku mula bersekolah jauh dan duduk di asrama,Afzal memberitahuku bahawa dia akan berpindah mengikut ayahnya ke Kazakhstan.Arwah ada menjemputku ke majlis reunion tapi atas urusan yang tidak dapat dielakkan aku tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Bertahun-tahun berlalu dan persahabatan kami tetap kekal.Namun Afzal lebih sering berhubung dengan Harith sebab aku sangatlah jarang online.

Aku merancang untuk bertemu semula setelah sekian lama berpisah hujung tahun ini,setelah tamat SPM.Afzal juga telah tamat sekolah di sana dan selamat menduduki ujian SAT nya.

Harith pula merancang untuk beraya bersama dengan Afzal tahun ini kerana keluarga Afzal bakal berpindah semula ke Malaysia.

Namun,kita manusia hanya merancang.Allah Maha Mengetahui.

Pagi Jumaat itu 17 Julai 2014 kawan-kawan aku sibuk membicarakan mengenai MH17 yang ditembak jatuh.Sejujurnya,aku tidak mengambil berat sangat berita tersebut sebab aku terlepas bangus sahur.Sedih Sobs.

Namun,tengah hari itu,sahabat aku memberitahu aku bahawa Afzal sekeluarga terkorban dalam nahas tersebut.Dan ketika aku membaca gambar terakhir Afzal di instagram mengatakan dia di Lapangan Terbang Schipol,semuanya pasti.

Hanya air mata yang mengalir.Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan aku.Aku terduduk dan terasa kosong.

Sahabat yang aku sayangi,sahabat susah senang,sahabat yang menghiasi keindahan zaman kanak-kanak aku telah pergi.

Malah untuk menaip artikel ini aku perlu mengumpul sejuta kekuatan,untuk mengenang kembali persahabatan kami.

Aku masih menangis.Aku masih cuba untuk menerima ketentuan Tuhan ke atas kami.

Kata orang, orang yang baik meninggal muda.

Malah,ada hadis sohih yang mengatakan orang yang meninggal terbakar mati syahid.

Di sepuluh Ramadhan terakhir,Afzal kembali ke rahmatullah.

Ada rindu antara kami yang tak terlunas.

Sesiapa yang mengenali Arwah sekeluarga pasti akan bersetuju bahawa keluarga ini sangatlah pemurah.




Alhamdulillah,Arwah akan balik Khamis ini 18.09.2014 bersama Marsha.



Semoga arwah sekeluarga diletakkan bersama orang-orang yang tinggi kedudukannya.Amin

Al-Fatihah.








p/s:Pesanan aku janganlah korang lupakan kawan-kawan yang lama.Hubungilah mereka.Tanyakan khabar walaupun sekadar berkata "Hai".Tiada apa yang aku kesalkan tentang persabahatan aku dan arwah.Mungkin bukan rezeki kami untuk bertemu di dunia.Moga kami dipertemukan di akhirat kelak.Aku tahu arwah ke tempat yang lebih baik.Aku yakin dan pasti janji Allah.







Popular posts from this blog

Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015

Post SPM : Interview MARA PILN 2015