Lepas SPM : A Total Guide

Assalamualaikum.


Haiiiii gaisss.Since dah habis SPM banyaklah masa untuk kita mereput dan jadi mayat hidup di rumah.Some of us mungkin kerja kat kedai-kedai ke,menternak lemak,lembu,kambing dan seangkatan denganya,mungkin kalau lebih kreatif sikit buat pokok bonzai ke kan cantik lah jugak taman mak kau.hahahahaa.Tapi macam aku yang dah lama dok asrama mula-mula bestlah dok rumah takda homework bagai tapi lama-lama bosan jugak.Lulz.

Jadi untuk mengisi masa lapang yang banyak ni (banyak ke?) aku pun buat banyak research nak buat apa lepas SPM,nak ambik apa,Universiti apa,job prospect macam mana and banyak lagi.

HASIL KAJIAN PICISAN AKU (sekadar panduan)


  • Tentukan minat korang
Benda yang sangat penting okay.Setelah pemerhatian,pembacaan dan pertanyaan bertalu-talu aku kepada pihak yang lebih berpengalaman first thing yang kau kena ambik kira dalam menentukan hala tuju hidup seterusnya ialah MINAT.Minat yang memang betul-betul minat ok.Contohnya,kau minat bercucuk tanam bekerja dengan alam hijau,tengok benih bercambah menjadi hidupan di dunia yang fana ini maksudnya kau minat pertanian.Jangalah kau minat nak bercucuk tanam (macam peliklah bunyi hahahahaha) kau nak jadi tuan duktur pulak.Alahaii nanti kau takda semangat nak belajar,nak kerja nak buat segala benda lah.Kau hanya menjadi zombi buat kerja tapi tak masuk dalam hati


  • Pastikan jugak bakat atau kebolehan anda
Minat dan bakat kena selari.Tak selari pun takpa.Boleh belajar.Cumanya kalau masa sekolah dulu kau adalah pelajar gilang-gemilang resultnya untuk subjek kimia tapi phy hancuss takkanlah kau nak ambik engineering memang tak jah oiii simpang empat puluh empat malaikat (macam aku hahahahahahahahahahahahaha k ) lebih mudahlah untuk kau adapt dengan pembelajaran atau suasana kerja nanti.Tapi kalau nak ambik jugak sendiri mau ingattt haaaaa


  • Tengok resultlah jugak
Ini paling penting.Senior dah ramai pesan SPM tu cuma tiket untuk masuk U dan dapatkan biasiswa.Once kau dah masuk U,result SPM kau yang flying colours berwarna rainbow tu tak dipandang (kata seniorku) yang penting cara kau survive dekat U.Plus result ni kau dok usaha dari dulu dah.Dah dapat result,result itulah yang pakai nak mohon U,asasi ke,matriks ke and whatsoever.Jadi ayuhlah kita bersama-sama berdoa agar grade SPM 2014 turun bahahahahahaha.Namun kalau result kau teruk sebab dahulunya kau sibuk bermain twitter dan instagram sebab kau twitpemes dan segala yang pemes jangan risau jangan khuatir banyak pilihan untuk kau.Kau cuma kena rajin explore dan cari peluang.Carilah.Google kan hadoo

  • Tentukan lepas dapat result nak sambung mana
Bab ni kau kena buat kajian namun tak perlu untuk kau buat kertas kerja lulz hahahahahaha gurau.Sorry.Back to the serious matter.Pastikan dulu kau tu jenis yang senang catch up ke tidak.Kau nak relaks sahaja ke,semua lah.Banyak pilihan nak sambung mana.Ko nak asasi,matriks,tingkatan 6,sijil diploma,A-levels,IB banyak sangat hokayyy.Akan aku kongsikan di post yang lain tentang segala perkara ini.Kenalah rajin tengok dan peka ok?Setiap institusi mempunya pro dan kontranya tersendiri.Jadi kenalah pandai buat pilihan dan kalau boleh tanya banyak orang,cari kat internet,tanya senior lama dulu.Mesti diorang akan guide punya.Yang penting kegigihan dan kesungguhan korang dalam mencari dan bertanya.

  • Course apa nak ambik
Hah setelah korang dapat result,dah tahu apa minat dan kebolehan barulah korang tahu nak ambik jurusan apa.Aku tak cakap CITA-CITA.Aku tekankan MINAT DAN KEBOLEHAN.Cita-cita tu kau cerita masa kita kanak-kanak ribena yang riang ria tak kenal erti hidup dan addmaths bahahahahaha *gelak keji* Macam aku dulu nak jadi doktor la,peguam la,engineer lah apalah.. Kita ni dari kecik dok dibrainwash "Jadi doktor lah bagus tolong orang,gaji besar,terhormat dalam masyarakat".Aku bukannya against lah sapa nak jadi doktor ni.Come on man aku pun nak jadi doktor jugak (dulu) tapi setelah mendapat nasihat membaca tentang REALITI dan PROSPEK KERJAYA tentang TUAN DUKTUR ni takut pulak aku.Maksud aku doktor je ke yang boleh tolong orang dalam dunia ni?Polis?Bomba?Cikgu?Tak tolong orang?Jadi kita jangan jadikan alasan yang tak kukuh dan jitu sebagai asas kenapa kau pilih jurusan itu.Kalau kau nak jadi doktor maksudnya kau ada MINAT YANG DALAM,MEMANG NAK SANGAT-SANGAT JADI DOKTOR walaupun belajar lama,tidur tak cukup,masa dengan family tak cukup,waktu kerja yang panjang and etc.KAU PANDAI KIMIA,ADDMATHS,ENGLISH dan semua result kau masa SPM memang terbaik dari langitlah.Lulz.Semua nya cukup.Then bolehlah kau jadi doktor.

  • Kalau tak jadi doktor dengan engineer,nak jadi apa?
Pertanian is not bad,biotech has a bright future too in Malaysia.Search.Sesuaikan pekerjaan yang demand nya tinggi tapi graduan nya kurang dengan minat dan kebolehan korang.Banyak lagi kerja dalam dunia yang boleh bagi korang duit.Yang penting usaha.Kalau rasa susah nak tentukan buatlah solat istikharah.Solat ni bukan untuk jodoh sahaja tauu uollss

K cukuplah sehingga sini.

Aku akan sambung nanti.Aku akan share tentang biasiswa,nak sambung mana selepas SPM (tempat) dan segala link yang aku rujuk dan baca serta tempat aku bertanya kepada korang ok?Apa yang aku kongsikan sekadar yalah perkongsian dan panduan.Sekadar pandangan aku.Jadi kalau rasa ragu-ragu tanyalah cikgu ke sapa-sapa ke.Google ke.Nanti kalau kau tersalah buat pilihan jangan salahkan aku haa.

"Itu dia,si penulis blog picisan itu.Gara-gara dia aku tidak dapat menjadi tuan dukturrr kerna dia tidak menyuruh aku menjadi tuan duktur"

Ciss.










Popular posts from this blog

Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015

Post SPM : Interview MARA PILN 2015