Educamp UTP 2015

Greetings :)

Hari tu aku dapat tawaran Educamp UTP for March intake (apply guna result trial).I thought that it would be nice if I post it up since the format have changed this year (2015).Educamp ni adalah untuk private student ataupun yang nak masuk dengan tajaan sendiri.

Paling penting bila mintak untuk Mac intake ni adalah lowest grade yang kau dapat masa trial yang guna untuk apply ialah C.Ada yang salah faham yang dapat Mac intake ini adalah manusia yang straight A trialnya serta geliga otaknya umpama batu hikmat.Mungkin calon sekolah lain lah kut tapi aku macam bukan je semua hahahaha lulz.Saya bukanlah sepandai itu ya tuan-tuan dan puan-puan.


Jadinya bila dah dapat surat tawaran (download dari internet) pihak UTP ada lampirkan satu dokumen panduan ni.Menjadi insan yang ingkar kepada arahan sejak azali aku tidak membaca lampiran itu hewhew.Hal ini kerana aku baca blog orang and tanya senior yang berpengalaman mereka cakap yang ada interview individu and berkumpulan.UTP suruh bawak kalkulator pun aku ingkar.Dok pikir lagi "lalu atas rasional apakah saya harus membawa kalkulator?"



Jadi aku pergi pada pagi yang basah dan kesejukan (hujan) itu dengan semangat yang jitu,yakin telah membuat persiapan rapi,membaca semua tips yang diberi oleh pihak yang telah pergi Educamp tahun sebelumnya malah aku telah membuat teks memperkenalkan diri lagi.Nampak tak kesungguhan dan kejituan semangat aku?huhu

Dahlah sesat datang lambat (sikit) lagi.Hahahahaha.Bila aku masuk bilik nak briefing semua pusing tengok aku."Hello what are you guys looking at?"teriak ku pada mereka sambil flips tudung.Kemudian aku mula gelak keji.HAHAHAHAHAHA.Takdelah.Gila ke?


Senyum kambing sikit sambil punggung aku nak buat pendaratan sulung di kerusi NAMUN Tuan UTP tu panggil aku "Duduk la sini" sambil tunjuk kerusi depannnnn sekali paling dekat sekali dengan beliau.MashaAllah.Bertuahnya aku.Sambil buat jalan kucing (baca:catwalk) aku kekalkan senyuman ku yang sudah bertukar ke senyuman monyet probosis yang senget sikit.



Then briefing macam biasa.Dia tunjukkan gambar and terangkan sikit pasal UTP.Aku pun rasa Ya Allah tidak sangka hamba-Mu di disini.Like,sapa taknak masuk UTP?Budak2 SBP kalau tak dapat pergi oversea dapat UTP pun dah bersyukur.Kalau tak pun UM (mentaliti dulu wahahahahahaha).UTP ni walaupun private U,dia bukan ambik orang yang asal ada duit boleh masuk.Result cikai pun boleh.No.Dia nak calon yang pandai,serba boleh contohnya boleh menternak kambing,bercakap 11 bahasa termasuk bahasa sanskrit,membuat batas sayur,batas pergaulan eh?hahahaha takdaklah and ada communication skills yang baik.UTP is a common U ppl would suggest if you want to work in oil and gas industry.

Pepepun (KAH!),Tuan Penemuduga dari UTP pun cakap "kita akan ada dua ujian hari ni lepas tu ada interview pendek ok?"

And I was like "Wutttttt?What iz this?What?What?Mengapa ini semua harus berlaku?Kenapa aku tidak membaca panduan ituuuu?"



Padan muka aku.Huhu.

Okay takut ada yang confuse lemme brief you guys this new format.

Format Educamp yang baru ini baru bermula tahun ini ya.Yup,tahun ini 2015.Tidak ada lagi format interview berkumpulan ke individu ke mahupun jemaah surau ye.

Ada tiga.VCA,CPSQ &TSA

VSA

VERBAL COMMUNICATION ASSESMENT ataupun lebih dikenali dengan panggilan manjanya Interview Individu.Untuk aku tak lama pun.Dia tanya soalan basic macam kenapa pilih course yang korang mintak.Jadi be prepared beforehand dengan jawapan yang bernas.Contohnya,aku pilih Petroleum Geosciences.Aku cakaplah yang aku suka Geophysics dan Chemistry dan aku berminat berkerja dalam industri minyak dan yakin belajar di UTP akan mencerahkan prospek kerjaya aku dalam industri minyak.Interview dalam bahasa Inggeris.Kawan aku interviewer tanya BM dia jawab BM interviewer tanya English jawablah dalam English ye.Aku pulak dia tanya semua English.Nasib badannn

CPSQ
CAMBRIGDE PERSONALITY APATAH HAHAHAHA Sorry guys dah lama kot aku pergi ni.Lupa sket hiks.Masanya adalah 30 mins.Ujian ni bertujuan nak uji yang kau tu sememangnya bakal engineer ke idok.Dia nak calon terbaik dari langit je jadi penuntut UTP hehehe takdelah.Kan sesetengah orang ni dipaksa oleh ibu bapanya.Jadi dia nak pastikan yang kau bukan dari mereka.Ujian ini adalah untuk memastikan bahawasanya kamulah ya kamulah sememangnya yang kami cariiiiiiii!!!kata UTP sambil menumbuk ke langit hiyakkk

TSA
THINKING SKILLS ASSESMENT ATAU NAMA MANJANYA HIKS IQ TEST.HEWHEW.Pasal tulah kena bawak kalkulator.Soalan dia buat kau rasa "Adakah aku duduk SPM balik?" KBAT uollssss 90 mins masa yang diperuntukkan.MashaAllah soalan nya kataku yang pasrah tidak membawa kalkulator.Nasib handphone ada kalkulator.Soalan dia banyak probability ye guyss jadi bukaklah buku addmath balik ye.Orang sebelah aku jawab laju gila OMG I cannot adakah IQku lemah.Kenapa tekan cepat sangattttt



Image result for troll face

Yup,semua pakai komputer.Plus,kalau korang dapat tawaran Educamp dia ada bagi panduan ok?So no worries :)


Pengajaranya, Jangan ingkar ye.Memang salah aku lah dok percaya sangat internet.Crap.Tengok apa jadi.Ish.

So result keluar hujung bulan Feb ini.Doakan saya dapat hiks.Tapi huh payah aih nak cakap.At least dapat pengalaman.Mana mahu cari itu semua.Membaca blog orang tidak sama rasanya dengan merasai sendiri.Hewhew.

oktengsbai.

hapdet: aku dapat.wuwuwuwu plot twist kan?mungkin salah satu keajaiban dunia huhuhu.btw hit me with any questions kat askfm kalo nak tanya pasal educamp.kbai







Popular posts from this blog

Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015

Post SPM : Interview MARA PILN 2015