Jalan dan Mawar

Tika aku sampai ke jalan ini,
Ku lihat jalannya indah,
Mawar pelbagai rupa,warna,sifat,

Sambil ku telusuri, 
Durinya tajam,mencelakakan aku,
Sakitnya ada,namun seketika,
Singgah seperti angin lalu,
Seperti masa,
Lalu aku lupa pada sakit itu.

Mawar ini penawar,
Buat hati,
Hilang gundah,
Walau kadang menyakitkan.
Kerna sayang,ku biar.

Kadang mawar hiburkan aku,
Namun lebih kerap aku hiburkan hati sendiri.

Kadang mawar dan durinya menghalang jalanku,
Kerap aku terjatuh,
Kerna mawar.

Kadang aku marah,
Pada mawar,
aku tunjuk.

Mawar balas,
Dengan durinya,
Lukaku makin parah,
Makin dalam.
Aku jadi diam

Di hujung jalan,aku letih
Aku pasrah.
Ku biarkan mawar dan durinya,

Biar luka aku rawat sendiri,
Biar mawar tetap indah,
Biar aku sendiri,
Aku sudah letih.

Popular posts from this blog

Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015

Post SPM : Interview MARA PILN 2015