Post SPM : Interview MARA PILN 2015

Assalamualaikum.Hai J

Sambungan kali ini ialah part interview.

Interview aku pada pukul 9 pagi.Pakaian sukan berkasut sukan.Aku tak adalah rasa pelik sebab budak-budak JPA dan JPA-MARA pun sama pakai pakaian sukan.Tapi takdalah pegawai penemuduga suruh dorang bersokan ke hapa kan.Cuma nya pihak penaja nakkan suasana yang santai.
Kalau JPA & JPA-MARA lebih spesifik kena pakai baju putih,Mara tidak.Pakailah baju sukan apa asal menutup aurat dan sopan.

Mara suruh bawak slip gaji parents,slip tawaran temuduga dan slip ujian psikometrik.Aku pun keliru jugak nak bawak tak sijil semua.Aku bawak jelah.Sijil original dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.Berat huhu.

Bila aku baca blog-blog orang yang temuduga Mara tahun 2014 ada yang cakap kena tanya soalan basic pasal ugama.Jadi aku yang tak seberapa ilmu agama nya pun bawak jugaklah buku pendidikan Islam aku.Kahkahkah takut wei takut kena tanya soklan surah hafazan.hehe

So,bila sampai sana mendaftar dan duduk dalam library budak MRSM.Tak ramai pun kurang dari 30 orang calon Sarawak (22 to be exact) .Sikitkan?

Lepas tu,duduk-duduk dan berkenalan dengan orang lain.Kawan aku dari sekolah aku (Nathasha)  belum sampai lagi.

Bila punggung aku mendarat ja atas kerusi semua speaking sehh.Walamak aih.Sudahlah aku ini pemalu skit hiks (tiputipu) nak speaking2 bagai ni.Ramai jugaklah kawan-kawan sekolah rendah aku yang dapat.Lepas tu semua budak situ dari sekolah yang hebat-hebat di Sarawak.Maksudnya memang top student dari top school.Speaking memang lancar ja.Aku ja yang masih berpegang teguh bercakap Sarawak.Kahkahkah.Tanya nama,program semua speaking.Aku balas selamba ja Sarawak.hahahahhaha

Takpa takpa masa interview takleh lah cakap Sarawak.Mesti lah speaking.

Lepas tu kena bahagi tiga kumpulan.Aku kumpulan B dan dapat number 4.Maksudnya aku orang keempat dalam team aku.Team aku memang terbaik.Semua sporting.

Ada dua stesen.Dua kali group discussion sekali soalan individual.Semua IN ENGLISH.

Stesen 1

Role-play.Diberi envelope.Situasinya kerajaan nak hantar satu kumpulan manusia ke planet baru.Lepas tu kena pilih sapa yang patut pergi betul-betul sebab kos nak hantar orang pergi ni sangat mahal dan hanya dilakukan setiap 25 tahun.6 orang pergi 2 tinggal..Aku dapat watak seorang retired nurse yang suka kucing.Pastu kau kena justify kenapa kau kena pergi dan yang mana patut tinggal.Masa 15 minit untuk bincang.5 minit untuk present.Pegawai penemuduga hanya tengok ja tau.Dia tak cakap apa-apa.Bincang lah pokpek pokpek habis masa.I think we did well.Teammates aku memang thorbaik dari langit.

Tips nya tak perlu downkan orang.Bagi peluang dengan semua orang cakap.Bagilah reasons yang
logik kenapa kau kena pergi.Macam aku.Mula-mula dapat makcik yang dah tua aku down tau.
“Alamak aku nak cakap pa ni?Dahlah makcik tua pulak tu”

Jadi aku pun ceritakan yang dia ada pengalaman yang luas lah sebab dah retired mesti pengalaman banyak dengan hal-hal kesihatan.Kalau nak mulakan kehidupan baru di planet baru mestilah kita memerlukan seseorang yang arif tentang hal-hal kesihatan sebab kita tak boleh ambil risiko orang sakit.Semua orang perlu survive sebab kan ekspedisi nikan mahal.Jadi kita perlukan orang yang ada kemahiran perubatan.

Hah giteww .Banyak lagi tapi aku tak ingat hahahahaha.Goreng ja labu.Lepas tu pergi bilik sebelah.Tukar dengan group satu lagi.

Stesen 2

Group discussion lagi.Situasinya kau adalah executive manager di sebuah well-known syarikat makanan.Satu hari bos kau dapat surat ugutan.Jadi kau kena susun situasi apa yang kau patut buat dalam keadaan macam ni.Contohnya,terima surat ugutan – evaluate the threat-informed the police.Lebih kurang cenggitulah.Jadi kami satu team kena susun apa yang dulu yang kemudian.Memang tak cukup masa.15 minit untuk bincang.5 minit present.huhu

Stesen 3

Hehe takdalah stesen masih tempat tadi.Cumanya aku diberi satu sampul surat.Dalam tu ada nombor soalan yang akan ditanya.Satu soalan ja.Masa 15 saat.Aku volunteer lah nak jawab dulu.Soalan yang aku dapat “WHAT IS YOUR OPINION ABOUT SPONSORED STUDENTS WHO TRAVEL AND BUY BRANDED STUFF USING THEIR SCHOLARSHIP MONEY?” giteww lah soklan nya.Aku pun melalut lah potpet potpet tung tang tung tang lepas tu pegawai tu cakap “Okey okey enough.15 seconds only.” Ish cakap la awal.Buat malu ja aku melalut kahkahkah
Lain orang lain soalan okey.Lepas tu evaluate teammates kau dan kau sendiri.Bagi markah la kat orang dan kat diri sendiri.

Lepas tu habis.”Hah tu ja?” ya tu ja.Memang sekejap.

Be confident ya.Suara mesti kuat masa group discussion.Nanti pegawai tu tak dengar.Pastikan nametag kau nampak sebab pegawai tu tak tahu nama kau.Dia kenal kau dengan nametag kaulah.Jangan hentam orang sampai kau benam dia dalam tanah.Just justify you points logically.

Okey tu saja.Result keluar 8 Mei ini J


Popular posts from this blog

Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015