Rant #1

“Bukan ke hidup ini sebenarnya adalah akibat.Akibat daripada pilihan.Setiap pilihan bermaksud risiko.Risiko yang kita ambil.Kita tak tahu apa yang akan berlaku bila kita ambil risiko dan buat pilihan.Mungkin kita boleh agak,tapi betul ke apa yang kita jangka?Kadang betul.Kadang tersasar jauh dari jangkaan kita.Jadi how would I define life?Hidup sekali,pilihan yang kita buat pun sekali.Pilihan kita dalam hidup mungkin sama tapi akibatnya tak sama.Kau dan aku mungkin buat pilihan yang sama tapi akibat daripada pilihan kita mungkin berbeza”

Aisyah diam,hening mengisi sepi petang itu.

“Aku mungkin boleh pilih cara hidup lain daripada norma hidup masyarakat kita.Tapi kadang orang tak boleh terima.Liberal.Mereka kata.Rare.Kata anak muda.Hipster.Sedang sebenarnya aku hanya nak jadi diri sendiri.Lalu kadang aku terpaksa hidup cara mereka.Tapi itu bukan diri aku yang sebenar.Tak rasa pelik ke?Menjalani hidup ikut expectation orang.tapi itulah,kadang kau takda pilihan.Terpaksa.Jadi betul ke hidup ini sebenarnya pilihan?

Muizz menguis dedaun di hujung kakinya.Pandangannya jauh ke depan,kosong,cuba menghadam kata Aisyah.

“Tapi kau boleh cuba kan hidup ikut cara kau?”

“Kau ingat orang nak terima?Mereka akan paksa kau,marah kau kerana hidup cara kau.Kalau kau kasar kau kena jadi baik.Lemah lembut.Sopan.Feminin.Berubah mereka kata demi kebaikan.Okey aku boleh terima.Tegur secara baik.Okey aku berubah.Lepas kau berubah,adakah orang nak terima kau?Hell no.Mereka akan pijak pulak kepala kau.Sebab apa?Sebab kau baik.So the thing is macam mana pun kau hidup baik ke orang tetap akan cari sisi jahat kau.Sisi yang boleh mereka manipulate dan gunakan.”

Muizz pandang sekilas wajah Aisyah,cuba memahami hati seorang perempuan.

“Aku kasar,sekasar-kasar aku,aku bukan jenis simpan dendam dalam hati.Sekasar-kasar aku pun aku tak pernah nak benci ke,dengki dengan kawan sendiri.Anggap kawan sejati.Semua orang walaupun aku tak rapat.Aku tak pernah nak kutuk tanpa sebab.Tak pernah terfikir,jangankan terfikir,terlintas pun tak pernah burukkan diorang,nak kutuk belakang,nak benci tanpa sebab apatah lagi.Tapi,orang buat aku macam mana?Irony gila."


“Dulukan aku dengan kawan-kawan aku pernah gaduh.Bila gaduh kena minta maaf.Masa sesi nak mintak maaf ada sesi ‘Luahan Perasaan’ as they called it.So kena beritahu lah sapa yang kita benci and why.Hahahhhahah lawak kan?Okey.Aku pun dengan keyakinan menggunung nak cakap yang aku tak pernah terlintas apatah lagi nak benci kawan-kawan aku ni.Tapi malang nya ada giliran.Aku last.Plot twist sia.Hampir semua cakap tak suka or benci aku pasal aku kasar.Aku rasa macam HAHAHAHAHAHAH GOD YA ALLAH BLESS MY PATHETIC EXISTENCE HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA hmmm”

Senyap.Suara Aisyah bergegar.

“Aisyah,kalau kau taknak cerita takpa..”

“Takpa aku sambung.Ya Allah rasa macam entahlah macam mana nak describe ha.Rasa macam nak je cakap setan korang.Tapi aku diam je.Pastu semua pakat mintak maaf.Bila sampai giliran aku,aku cakap takdalah kut nak benci sapa-sapa pastu gelak hambar hahahahahah YA ALLAH.Aku anggap korang semua kawan,tak adik beradik aku.Tak pernah terfikir nak benci korang.Pastu aku baru sedar rupanya worthless loyalty yang aku bagi selama ni.Rasa macam ohh macam ni rupanya kena tikam.Hairan jugaklah kenapa kan sanggup buat kawan macam tu.Tapi aku baru sedar kenapa.Sebab dorang tak anggap aku macam mana aku anggap dorang adik beradik aku.Mungkinlah kot sebab dorang tak pernah nak explain pasaipa dorang buat cam tu kat aku? Huh.Tapi apa-apa pun aku jenis pelupa dan makhluk yang lonely secara semula jadinya.Aku maafkan sebab aku takda sapa dalam dunia kalau bukan dorang.So takpa kena tahi sikit sebab kalau nanti aku ke dorang ke dah takda dalam dunia at least kami ada kenangan terindah yang nak diingat.Hidup ni singkat Muizz nak mengungkit.Aku cuma harap kalau aku dah takda mereka akan perkara yang baik-baik sahaja pasal aku sebab aku hanya ingat perkara baik-baik sahaja pasal mereka inshaAllah.”

Muizz hanya diam,memberi ruang Aisyah meluah rasa.

“Aku harap kalau aku dah takda,mereka tak cerita buruknya perangai aku kat orang,aku harap mereka akan doakan aku Muizz sebab aku akan buat perkara yang sama dengan dorang.Aku harap mereka tahu betapa aku sayangkan mereka walaupun aku kena benci,tak disukai sebab kita tak boleh paksa orang suka kita hahahahahahahah."

Air mata Aisyah jatuh perlahan,tapi Aisyah hanya senyum.Muizz rasa bersalah nak pujuk ke tidak.

“Antara banyak-banyak kawan aku,kawan yang aku paling sayang sekali,aku rasa Tuhan bagi pinjam sekejap sangat kat aku Muizz.Tapi takpa aku ada Tuhan.”

Aisyah pandang Muizz,mata berair,merah sambil senyum.



 Endless apologies x


Popular posts from this blog

Post-SPM : Apa Beza JPA,JPA-MARA & MARA?

Post SPM : Ujian Psikometrik MARA 2015

Post SPM : Interview MARA PILN 2015